TIPS PENJAGAAN TUDUNG

Cara Cucian

1. Koleksi Tudung Faziraniq ini 100% menggunakan oning dari Material Thai Silk ataupun Brocade

2. Cara basuhan tudung yang di galakkan adalah menggunakan cara cucian "Dry Clean" buat pertama kali dan cucian seterusnya boleh menggunakan air seperti biasa

3. Kaedah yang di syorkan adalah kaedah cucian celup-celup manja.

4. Sekiranya terdapat bekas bedak didalam bahagian oning, adalah di galakkan guna cecair cucian seperti dynamo, sapu nipis dibahagian kotoran, gosok lembut dengan jari dan terus bilas.

5. Jemur ditempat redup dan elakkan menjemur ditempat yang terdedah terus dengan matahari.

6. Kaedah sepit pada bahagian "body tudung" sewaktu menjemur amatlah digalakkan *Jangan sesekali menyepit dibahagian oning tudung


Cara Menggosok

1. Mulakan menggosok oning dari bahagian dalam2. Gunakan suhu iron yang sederhana bagi menggelakkan owning rosak.


TIPS PENJAGAAN TUDUNG QHASEH



1st of all ...perasan atau tidak fina dah ubah sedikit spelling untuk TUDUNG QHASEH nie....bagi membezakan Tudung Qaseh yang dah ada di pasaran kita...fina pun xperasan tudung nama yang sama telah wujud...tp xpe...yang pasti tudungnya tidak ada persamaan sama sekali...



Ok kali nie fina nak bagi tips untuk penjagaan Tudung Qhaseh nie. Memandangkan material tudung nie menggunakan kain Chiffon SIlk dan juga French Lace, adalah digalakkkan menjaga seperti berikut



1. Membasuh menggunakan kaedah "Dry Clean" seelok-eloknya

2. Sekiranya membasuh menggunakan air...elakkan dari memberus

3. Gunakan kaedah celup-celup manja gitu

4. Gunakan sabun yang ada unsur kelembutan seperti softlan dan yang sewaktu dengannya

5. Jemur ditempat yang tidak telus dengan cahaya matahari

6. Gosok dengan suhu yang tidak terlalu panas